Journey

Macam mana nak tau bila kita boleh Pro Trading?

So first kalau kita masih baru mungkin kita akan bertanya-tanya aku sekarang kat fasa mana? “Macam tak nampak jalan keluar je”. “Should I give up?”. “Trading ni bukan bakat aku la”. “Tapi aku dah spend banyak masa dan duit”. Ha, sini saya nak share. Perjalanan seorang trader:

1st – 2nd Year (Trial & Error)

Biasa kat sini trader masih dalam fasa pembelajaran. Segala jenis strategi dia nak cuba. Tapi masih suam2 kuku. Ada profit, ada bagi balik kat market. Last sekali dah penat, beli signal & alert pulak. Buycall pon makan ntah dari sape2. Last give up sebab loss banyak.

3rd-5th Year (Self Potential)

Kalini trader ni mula buat comeback. Nak belajar betul2. Reset balik niat sebab apa aku trade, bukan nak cepat kaya. Trading is a Business. It a long journey. Maka, trader ni habiskan banyak buku trading. Journal dan review setiap trade yang diambil. “Aku ni boleh buat sebenarnya”. Trader ini mula confident dengan market yang memihak padanya.

5th Year + (Risk Management)

Kat sini trader dah makan segala jenis market panic and crash dan yang trader ni tahu I’m not own the market. Jadi trader ni tahu kondisi market bila untuk trade dan bila untuk keep in cash.


Dan pasti tidak semua trader berpengalaman seperti di atas. Ada yang lebih pantas dengan:

Deliberate Practice

Jika trader itu lebih banyak trade dalam setahun berbanding trader yang hanya meratapi nasib akaun yang loss, semestinya trader yang lebih banyak trade akan meninggalkan trader yang hanya belajar dan masih takut untuk trade.

Recognise pattern

Lagi kerap trader tu belajar chart, lebih terbiasa dia melihat pattern2 yang terbentuk mengikut strategi yang digunakan. Ini jauh lebih membantu daripada trader yang masih kekok dan pening apabila melihat chart.

Psychology Master

Trader yang kerap live trading akan develop mental yang kuat untuk follow the system and not follow the emotions. Ini sangat penting untuk trader kekal dalam financial market.


Bonus:

Lucky

Keberuntungan itu bukan milik semua orang. Ada yang lahir dengan modal besar, ada yang dikelilingi keluarga yang menyokong dan ada yang rezekinya mengalir tanpa banyak halangan.

Kita tak mampu mengubah nasib yang telah ditentukan, tapi kita boleh memilih bagaimana kita menghadapinya. Sabar, usaha, tawakal pada yang Maha Kuasa—itulah yang sebenarnya kita miliki. Kadang-kadang, jalan kita lebih sukar, lebih lambat, lebih berliku. Tapi ingat, setiap langkah yang kita ambil dengan ikhlas dan penuh kepercayaan akan ada nilainya.

Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain, kerana setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Mungkin hari ini kita tertinggal, tapi siapa tahu esok giliran kita untuk berjaya? Yang penting, jangan putus asa. Tetap melangkah. Tetap percaya. Sebab, rezeki bukan tentang seberapa cepat kita sampai, tapi tentang bagaimana kita bertahan dan terus berjalan.

Assalamualaikum, nama saya Asif Haziq dan ini kisah saya dalam dunia trading:


Tahun 2020: FOMO & Permulaan Saya dalam Trading

2021 Crypto Bullruns: Tahun Keemasan Pasaran Digital

2022 Years of Comeback: Back to Basic, Bangkit Semula

2023 NFT: Menyelami Dunia NFT & Aset Digital

2024 Trading Global: Dari Pasaran Tempatan ke Global

2025 Challenge: Perjalanan Sebenar Baru Bermula